Khamis, 19 Mei 2011

apabla BANK ISLAM brgabung dgn BANK MUAMALAT..........

Langkah untuk menggabungkan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Muamalat diyakini berpunca dari tangan-tangan ghaib yang mengarahkan tindakan itu dilakukan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. 

Naib Presiden PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tindakan penggabungan itu diyakini dilakukan bagi menyelamatkan Bank Muamalat yang sedang mengalami masalah, walaupun ia terpaksa mengorbankan BIMB sendiri. 

Namun yang anehnya, kata beliau, sehingga kini tidak pula terdapat kenyataan rasmi yang dikeluarkan mengenai masalah yang dialami oleh Bank Muamalat. 

Katanya, PAS kurang senang dengan langkah penggabungan itu kerana ia jelas merupakan satu lagi tindakan bagi menyelamatkan sesebuah syarikat dengan menggunakan dana awam.

"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. 

Minggu lalu, DRB-HICOM, pemegaqng saham utama Bank Muamalat, menjelaskan minatnya yang dinyatakan kepada Bank Islam hanyalah semata-mata mahu meninjau kemungkinan penggabungan itu.

Syarikat itu berkata, ia tidak menyatakan minat untuk menjual 70 peratus kepentingan dalam Bank Muamalat.

Cadangan penggabungan itu akan menyaksikan kemunculan bank Islam yang besar dan ini seiring dengan saranan kerajaan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat antarabangsa terkemuka untuk kewangan Islam.

Menurut Salahuddin, tindakan penggabungan itu tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada Bank Islam terawal itu kerana BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding Bhd, dengan Tabung Haji yang merupakan pemegang saham terbesarnya dalam BIMB sebanyak 51 peratus.  

“Jadi, apa guna Bank Islam mahu bergabung dengan Bank Muamalat? Apa faedahnya? Bank Islam sudah ada 115 cawangan di seluruh negara. 

"Apa guna Bank Islam mahukan lagi Bank Muamalat. Kalau cawangan sikit, baru ada rasional, tapi Bank Islam ada rangkaian di seluruh negara. Begitu juga dengan Tabung Haji,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. 

Beliau yang yakin dengan tindakan penggabungan itu dilakukan disebabkan Bank Muamalat mengalamai masalah besar, hairan dengan langkah penggabungan itu kerana ia pasti akan membebankan BIMB sendiri kerana terpaksa bergabung dengan bank yang bermasalah. 

Pemegang saham terbesar Bank Muamalat adalah DRB-HICOM iaitu 70 peratus, manakala bakinya sebanyak 30 peratus lagi dipegang oleh Khazanah Nasional Bhd.

“Saya cukup bimbang berlaku satu lagi budaya tidak sihat yang akan merugikan rakyat di mana BIMB Holding mahu mengambil alih atau beli atau bergabung dengan Bank Muamalat.

“Bank Muamalat diharap telus dalam isu ini. Bank Muamalat mesti nyatakan status kewangannya dengan jelas, kena beritahu apa sebenarnya yang berlaku pada Bank Muamalat.

"Kalau ada masalah, apa masalah? Dan, apa guna Bank Islam mahu mengambil alih bank bermasalah ini?" jelasnya yang turut berhasrat untuk membangkitkan perkara itu pada persidangan Parlimen nanti.  

Beliau turut berjanji akan mengutus surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas kedudukannya selaku Ahli Parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya.

"Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung dengan BIMB?” jelas beliau.

ROS plak jd plakon tmbhan filem "MENJELANG PRU13".....!!!

Selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang bertubi-tubi, dan akhbar Suara Keadilan ditarik permit penerbitan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini terus diberi tekanan dengan resiko pengharaman parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan ini sebagai langkah terdesak untuk mendera rakyat negara ini.
"Ini kerja pimpinan Umno yang terdesak dan terus mendera rakyat," katanya ringkas dalam siri temubual dalam "Question time' anjuran Yahoo Malaysia.
Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail pula berkata, notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13 ini bermakna pihak Pendaftar Pertubuhan telah "berpuashati' dengan dakwaan yang dilemparkan.

"Namun dakwaan karut ini jelas mengelirukan kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud di dalam perlembagaan KEADILAN. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Dalam notis yang dihantar, mereka memberi alasan tindakan untuk mengharamkan parti itu disebabkan PKR telah melanggar beberapa fasa perlembagaan parti itu termasuk fasal 32.2.1.

Ianya juga dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung parti itu akhir tahun lalu dan kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.

Sehubungan itu PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun ini memberi penjelasan.

Menurut Saifudin, PKR telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Datuk Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.
Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung. 
Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan. 
Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut:

“Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 ( sic ) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal  (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin”
Bagi Saifudin, pihak Pendaftar Pertubuhan turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam.

Tarikh pemecatan beliau dari parti adalah pada 27 April 2009 dan diputuskan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh tersebut. 

"Kami terkejut dengan dakwaan pihak Pendaftar Pertubuhan kerana bagaimana individu ini boleh dipecat sebanyak dua kali," katanya.

Bagi beliau, dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil. 
Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti, tegas beliau.
Tindakan tidak wajar - PAS

Sementara itu, AZIZ MUDA melaporkan, ROS tidak sepatutnya mengambil tindakan ke atas PKR dengan kemungkinan membatalkan pendaftarannya seperti yang diperkatakan sekarang, memandangkan PRU Ke-13 kini sudah semakin hampir. 
Jika tindakan itu dilakukan, Kerajaan ternyata sengaja mengambil kesempatan berbuat demikian terhadap pembangkang hanya disebabkan perkara kecil, bagi membolehkan BN mendapat kemenangan mudah dalam pilihanraya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pembatalan pendaftaran PKR ketika pilihanraya semakin hampir merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dinilai dengan adil oleh pihak ROS. 

"PRU Ke-13 seperti yang diketahui sememanngnya sudah semakin hampir. Oleh itu, pihak kerajaan jangan sekali-kali mengambil kesempatan untuk menghadapi pilihanraya dengan mengharamkan PKR pula," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. 

smakin hri smakin KETAGIH.............!!!!!!!

Membebankan rakyat kian terbukti menjadi candu yang ditagih oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kata PAS, Datuk Mahfuz Omar.



"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata, subsidi bahan api seperti candu. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah perbuatan membebankan rakyat tidak ubah seperti candu yang ditagih oleh kerajaan BN yang ketuainya.
"Subsidi hendak ditarik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seperti tak sabar-sabar hendak dilaksanakan tanpa mempedulikan kesusahan rakyat, kenaikan harga barangan gagal dikawal, projek-projek mewah hendak dilaksanakan termasuk projek-projek mewah dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikecam dan diperolok-olokkan oleh orang-orang Umno sendiri malah pelbagai perkara yang menyusahkan rakyat kian terbukti menjadi candu yang kian ditagih oleh kerajaan Najib.
"Nampak benar kerajaan Najib ketagih menyusahkan rakyat," katanya.
Dalam kenyataannya Selasa lalu, Najib berkata, subsidi bahan api seperti candu kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit belanjawan.
"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu, sukar untuk mengikis tabiat buruk," katanya.
Mahfuz menyifatkan kenyataan Najib itu terang-terangan menghina rakyat.
"Terbukti Najib melihat rakyat seburuk penagih candu. Rakyat di mata Najib begitu hina sekali dan lebih buruk lagi dia menzahirkan jiwa menghina rakyatnya itu di luar negara," katanya.
Kenyataan Najib itu juga, katanya, semakin membuktikan bahawa kerajaan Najib bukanlah kerajaan yang berfikir untuk meringankan beban rakyat tetapi sebaliknya melihat usaha-usaha meringankan beban rakyat seperti candu yang ditagih oleh rakyat.
"Ia penghinaan yang amat besar kepada rakyat. Tetapi, mengenali Najib, saya tidak fikir dia akan meminta maaf kepada rakyat sebab rakyat di matanya adalah penagih-penagih candu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz juga mengecam Najib kerana terus menjamu kroni-kroni seperti pemilik-pemilik penjana tenaga bebas (IPP) dengan subsidi yang begitu besar dan tidak pernah didengari kerajaannya mencari jalan untuk menghentikan subsidi itu.
"Begitu juga kemewahan yang kini diratah habis-habisan oleh para pemimpin Umno dan isteri-isteri mereka dengan menjadikan kepentingan Melayu sebagai alasan untuk mempertahankan kemewahan yang mereka ratah itu, adakah kemewahan itu bukan candu yang mereka tagih?" beliau mempersoalkan.
Beliau menuntut kerajaan menyatakan secara detail ke mana dibelanjakan subsidi yang dipotong itu.
"Saya akan membangkitkan perkara itu dalam sidang Parlimen akan datang," kata Mahfuz.

MINYAK ohhhhh mnyak................


 Pengerusi Idham Care, Drs Khalil Idham Lim (gambar)berkata langkah kerajaan BN membuat pengumuman awal kemungkinan RON 95 bakal dinaikkan harganya telah mencetuskan rasa curiga dan tanda tanya banyak pihak.
“Mengapa semasa kerajaan Umno BN menaikkan harga RON 97 tidak dimaklum sebegini rupa,” katanya.
Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak bahawa kenaikan RON 97 berulang kali tidak dihebah secara meluas sedangkan minyak jenis itu masih digunakan oleh sekelompok rakyat Malaysia serta masih dijual secara meluas.
"Gambaran sebenar kepada isu ini dilhat kepada keraguan pihak kerajaan untuk menghadapi protes rakyat kerana RON 95 lebih ramai penggunanya dan melibatkan kenderaan awam yang memberi risiko kepada kenaikan harga barang lain," katanya.
Menurut beliau lagi, kerana itu BN dilihat sangat berhati-hati dalam perkara ini dan melakukan sesuatu untuk terus menipu rakyat.
“Senario ini telah memberikan kita dua andaian iaitu pertama, ini adalah lakonan pemimpin BN untuk raih sokongan rakyat,” katanya yang juga Adun Titi Serong.
Menurutnya, mereka mungkin menarik semula cadangan itu dengan adanya bantahan dari beberapa orang pemimpin BN dan Pemuda Umno sendiri terhadap kenaikan yang bakal berlaku.
Keduanya, kata beliau rakyat memang akan dikenakan dengan kenaikan  harga RON 95 dan alasan yang biasa digunakan untuk mengaburi mata rakyat ialah kerajaan terpaksa menarik semula subsidi yang sedia ada untuk tujuan penstrukturan semula harga minyak.
“Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpesan supaya rakyat bersedia andai berlaku kenaikan harga minyak itu, saya yakin rakyat telah bersedia untuk itu dan saya ingatkan juga kepada pemimpin BN bahawa mereka juga sudah bersedia untuk menukar kerajaan yang sedia kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Sabtu, 14 Mei 2011

PERINGATAN AJK Majlis Fatwa Antarabangsa,Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.
AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.
"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.
Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.
Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.
Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.
Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.
"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.
Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar Ibrahim, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.
Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.
Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.
Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," tegasnya.
Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah SWT datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.
Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok.
"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.
Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.
Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab TafsirAl-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.

Khamis, 12 Mei 2011

Skim Rumah Pertamaku tipu golongan muda.........!!!!!


Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).
"Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda," katanya.
Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.
"Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka.
Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus.
Semalam, sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu "tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya" oleh kebanyakan golongan muda.
Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.
Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.
Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.
“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” akhbar itu memetik beliau berkata.
Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.
Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.
“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.
“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya kepada akhbar itu.

Selepas jadi akhbar porno, kini main api pula.......??!!!!!

 Selepas bertukar menjadi ‘akhbar porno’ dan gagal dalam projek video lucah bersama Umno, Utusan Malaysia bermain api pula dalam soal agama dan perkauman demi untuk menarik sokongan Melayu.
"Kerana itu saya beranggapan dan beri nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa musuh utama negara sekarang bukannya dadah dan lain-lain tetapi ia adalah fitnah dari pemimpin Umno dan akhbar Utusan,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar jangan mengikuti pemberitaan jijik dan kotor Utusan sebagai media Umno.
Sebelum ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.
Bagi Khalid Idham (gambar bawah), apa yang berlaku kini menunjukkan Umno semakin tidak beretika dalam berpolitik dengan segala cara dihalalkan demi untuk kekal berkuasa termasuk menggunakan media.
Menurutnya, kebiadaban dan pembohongan Utusan Malaysia dalam laporannya kononnya pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara langsung tiada logik dan tidak berasas.
“Kerana itu rakyat perlu tolak pemimpin yang tidak bermoral dan etika ini pada PRU 13 nanti,” katanya yang juga Adun Titi Serong.
Katanya, pemimpin Umno menggunakan fitnah, seks dan perkauman melalui Utusan kerana mahu menutup isu sebenar negara iaitu rasuah, pembunuhan warga Mongolia yang dikaitkan dengan pimpinan tertinggi parti itu dan isu yang lebih besar lagi.
“Saya kira ini taktik lama yang diulang-ulang untuk mencetus rasa benci rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di samping menutup isu yang lebih besar itu,” katanya.
Tambahnya, ekoran itu menyebabkan rakyat sekarang rasa meluat dan benci terhadap Umno BN.
Buktinya, kata beliau dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak di mana rakyatnya telah membuktikan pada 16 April lalu betapa BN mula tidak diterima dengan peratusan undi yang merosot dan mereka malah hilang 8 kerusi.
Menurutnya yang juga Pengerusi Idham Care , peratusan undi kepada PR meningkat walaupun BN menghalang PR dari berkempen secara bebas di samping dinafikan hak menggunakan media arus perdana seperti mana yang BN lakukan semasa berkempen.
“Kalau dulu Najib kata Anwar boleh demam kalau berdebat dengannya tetapi realitinya sekarang Najib yang tidak nyenyak tidur," katanya.

Selasa, 3 Mei 2011

Kenyataan Najib berhubung Osama kurang tepat.......!!!!

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat.
Keadilan Daily melaporkan Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.
“Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri,” kata Sheikh Abdul Halim.
Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.
“Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.
“Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan,” kata Sheikh Abdul Halim.
Menurut Sheikh Abdul Halim lagi, publisiti kematian Osama sebenarnya meningkatkan rasa ketakutan orang lain terhadap umat Islam yang sering diberikan gambaran salah oleh golongan yang tidak senang dengan gerakan Islam.

Isnin, 2 Mei 2011

hanya khabar angin.....???!!!


Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden meninggal dunia, kata Presiden Barack Obama.
Al-Jazeera melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, Osama yang menjadi buruan amat dikehendaki Amerika terkorban dalam operasi tentera negara itu di Pakistan, malam tadi.
Stesen televisyen satelit itu juga melaporkan rakyat Amerika berpesta di hadapan Rumah Putih menyambut pengumuman Obama berhubung perkara itu.
Sementara itu, wakil stesen al-Jazeera di Pakistan melaporkan ada di kalangan rakyat negara itu yang menganggap berita kematian Osama sebagai khabar angin.

Ahad, 1 Mei 2011

Video seks: Wayang untuk mengaibkan seseorang


Tindakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan
bahawa polis tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak untuk mendedahkan
kepada umum pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali ada keperluan undang-undang untuk berbuat
demikian hanyalah mainan politik semata-mata untuk memburukkan seseorang.
“Kalaulah yang menyimpan dan membuat tayangan pun tidak dihukum, sedangkan
ada peruntukan yang jelas mereka telah melakukan kesalahan; apatah lagi kepada
yang berlakon yang tiada peruntukan undang-undang.
“Jelas, ianya hanya mainan politik bagi memburukkan seseorang,” bidas
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas
kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Khalid baru-baru ini yang
menyatakan bahawa pelakon seks dalam video tersebut akan didedahkan bergantung
kepada keperluan undang-undang.
“Kita bukan dedahkan (pelaku video) atas desakan tetapi bergantung kepada
keperluan undang-undang,” Khalid dipetik sebagai berkata.
Menurut Tuan Ibrahim, pelakon dalam klip video tersebut tidak akan didakwa kerana
tiada peruntukan undang-undang boleh mendakwa pelaku, kecuali dalam
mahkamah syariah.
“Di dalam undang-undang sivil, tiada kes untuk disabitkan kerana pelakon dan wanita
bukan gadis bawah umur serta tiada unsur paksaan dan tidak dilakukan untuk edaran
mahupun jualan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, PAS lebih setuju untuk membawa kes ini ke
mahkamah syariah kerana ada enakmen yang boleh disabitkan kesalahan sama ada
atas kes qazaf atau perlakuan zina sekiranya dapat dibuktikan.
Sementara itu, Presiden Aliran, P Ramakrishan turut menempelak polis yang telah
melakukan pelbagai kenyataan untuk mencipta persepsi awam bahawa Anwar terlibat
dalam skandal video seks tersebut.
Setelah bukti jam Omega yang diwar-warkan kehilangan berita, P Ramakrishan
membidas tindakan polis yang mengatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak
untuk mendedahkan kepada awam pelakon seks terbabit sehingga keadaan
memerlukan untuk berbuat demikian.
“Dalam kata lain, apa yang mereka kata ialah mereka sudah mengenal pasti
pelakon seks, tapi mereka tidak ingin mendedahkankannya kecuali keadaan
memerlukan.
“Rakyat Malaysia kini keliru. Apa yang dimaksudkan ‘kecuali memerlukan’? Jika ya,
mengapa mereka menyiasat jauh untuk mencari pemilik jam Omega?
Mereka bertungkus-lumus sehingga mencarinya sehingga ke Taiwan. Apa tujuannya?
“Bukankah itu tujuan untuk mengaitkan pelakon seks dengan jam tersebut supaya
mereka dapat mengesahkan identiti pelakon seks dan mendedahkannya?”
soal Ramakrishan.
Beliau turut menambah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk memberi
keterangan untuk kali kedua, 28 April yang lalu sekiranya polis tiada bukti yang sahih
untuk menunjukkan bahawa orang dalam video tersebut ialah Anwar.
“Jika ia adalah tidak penting untuk menentukan siapa pelakon tersebut, mengapa
Anwar dilecehkan? Adakah ini kerana mereka inginkan episod memalukan ini
berterusan?” selarnya.
 

Kenapa kerajaan enggan laksana qazaf........???

Timbalan Pesuruhjaya
PAS Pulau Pinang,
Rosidi Hussain mempersoalkan
keengganan kerajaan untuk
melaksanakan hukum qazaf
dalam isu yang membabitkan
video lucah.
"Apabila kerajaan sering
memomokkan kepada dunia
bahawa Malaysia adalah
negara Islam, kenapa hukuman
seperti qazaf yang memerlukan
empat orang saksi yang
tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai
ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.
"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk
melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan
tertentu," tambahnya lagi.
Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat,
katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam
yang sebenar.
Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang
penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang
dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun.
"Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha
dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat.
"Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan,
ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan
imam tersebut," ujarnya lagi.

Sumpah laknat: Fahami bila harus digunakan

Dalam jenis pertikaian yang
bagaimanakah "Sumpah Mubahalah"
di haruskan bahkan mungkin
sebagaimana satu cara dan kaedah
"muktamad" bagi menyelesaikan
pertikaian dan dakwaan yang saling
bertentangan antara dua (2)
kelompok seperti yang menjadi
sebab Asbab AnNuzul - atau sebab
diturunkan penerangan dan kaedah
yang diberi Allah SWT bagi
menyelesaikan dakwaan antara kaum
seorang pendita dari kaum Najran
(Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan
sahabat-sahabat Baginda.
Lalu disyari'atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil
anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan
Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang
berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka)
dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.

Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin
terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan
semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu
perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa
azab kepada pihak yang menipu.

(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas(nusus)
dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman
mengikut lunas-lunas Syari'at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu
bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu
yang BID'AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah
syariah negara kita.

Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.

Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda 'Bagi pihak yang
menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang
Islam dan bukan Islam.

Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri
mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan
JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah
satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu 'Penjagaan Maruah'. 

Seharusnya mereka mengikut hukum syara' dengan menyokong pertuduhan
mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah
dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.

Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh  (terutama) Jenayah
dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau
dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb
dengan hanya bersumpah.

Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama
keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan
bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar
jika mereka tiada bukti.

Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di
Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran
tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan
memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH  'Qazaf' (yang dibolehkan
mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti
yang dituntut Syar'iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang
Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.

Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak
boleh digunakan kerana tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau
(chaos) dalam masyarakat umat Islam.

Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja
dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat. 

Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan
ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan
dalam kes Jenayah khususnya.