Selasa, 20 Disember 2011

PERLIS owh tanah airku . . . . . . .

hutang

Kerajaan Negeri mencatatkan RM413.4 juta dengan Kerajaan Pusat membabitkan kos projek perumahan, bekalan air, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan pelbagai kos lain sehingga kini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (BN-Bintong) berkata, hutang Kerajaan Negeri itu membabitkan kos pembiayaan projek perumahan berjumlah RM73 juta, bekalan air (RM215 juta), PKEN (RM115 juta) dan pelbagai kos lain (RM10 juta).

Menurutnya, Kerajaan Negeri membayar hutang mengikut keupayaan kewangan dan sebanyak RM6.35 juta dibayar pada 2011 dan RM2.5 juta pada 2010 daripada tunggakan hutang berjumlah RM120 juta tidak termasuk faedah dan tunggakan bayaran pinjaman bekalan air.
“Pengurangan hutang Kerajaan Negeri berikutan penstrukturan semula bekalan air, Kerajaan Pusat hanya mengambil alih RM75 juta atau 36 peratus daripada RM210.1 juta nilai hutang untuk projek bekalan air Perlis,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2012 Sidang Dun Perlis semalam.

Menyentuh isu sumbangan Yayasan Pok dan Kassim (YPK) untuk pembinaan masjid sebagaimana dibangkitkan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang), Md Isa menegaskan jumlah sumbangan diterima daripada yayasan itu melalui JKR adalah sebanyak RM2.66 juta dan dimasukkan ke dalam Akaun Penyelesaian Utama.
Menurutnya, tujuan asal sumbangan itu bagi pembinaan Masjid Ammeer Fawwaz, Kuala Sungai baru dan setelah mengambil kira perbelanjaan masjid berjumlah RM1.639 juta, sumbangan masih berbaki RM1.02 juta.

“Dalam 2009, Jabatan Audit Negara membuat teguran bahawa Akaun Penyelesaian Utama sepatutnya tidak berbaki pada penghujung tahun.
“Satu akaun amanah khas iaitu Akaun Amanah Penyelenggaraan Masjid diwujudkan dan baki sumbangan RM1.02 juta dipindahkan ke akaun itu.

“Wang dalam akaun amanah ini hanya boleh digunakan bagi tujuan perbelanjaan untuk melaksanakan projek seperti disyaratkan penyumbang secara bertulis selain membiayai penyelenggaraan masjid seluruh Perlis,” katanya.

Md Isa berkata, berdasarkan arahan amanah, dalam tahun 2011 JKR menggunakan RM216,821.31 daripada baki akaun amanah itu untuk penyelenggaraan Masjid Alwi, Masjid Arau, Masjid Negeri Arau dan Masjid Putra.

kak 'jat' KANTOI LAGI . . . . .

TIDAK cukup dengan pelbagai skandal yang didedahkan sebelum ini terhadap syarikat lembu NFC (sebut National Family Corruption) milik keluarga Shahrizat Jalil, kali ini satu lagi skandal didedahkan.

Rupa-rupanya, lembu NFC bukan sahaja tinggal di kondo mewah One Menerung, malah lembu-lembu NFC begitu dimanjakan sehingga ada juga kondo tempat tinggal mereka di Singapura

Sebuah kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (Sumber: Land Authority Singapore).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Harga kondo mewah tersebut dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran mata wang semasa.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Khamis, 1 Disember 2011

Kewangan Islam tangani krisis ekonomi global.....!!!

Image Detail
 Kegawatan ekonomi yang kini melanda negara-negara kapitalis termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun adalah angkara sistem ekonomi ciptaan sendiri yang mengenepikan nilai-nilai agama.
Profesor Fakulti Perniagaan dan Akaun Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Nazari Ismail berkata, akibat menolak sistem kewangan Islam negara-negara barat kini menjadi mangsa kepada keadaan.
“Kita seharusnya bersyukur apabila melaksanakan syariat Allah dijanjikanNya kehidupan manusia lebih selamat,” katanya pada Syarahan Perdana Ekonomi bertajuk “Krisis Ekonomi Global: Kesan dan Penyelesaiannya di Kota Darulnaim hari ini.
Program itu dianjur kerajaan negeri dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan negeri.
Dr Mohd Nazari berkata, rakyat Amerika kini berdepan krisis kewangan yang tenat, di mana berpuluh ribu dibuang kerja dalam pelbagai sektor sama ada kerajaan atau swasta.
Katanya, sebanyak 16 peratus daripada 49 juta rakyat Amerika sekarang berada  di bawah garis kemiskinan.
“Krisis ekonomi bermula sejak 2008 sehingga sekarang belum ada jalan penyelesaiannya. Ini menyebabkan Amerika menanggung hutang negara pada tahap yang teruk,” ujarnya.
Tambah beliau fenomena itu menyebabkan ada rakyatnya terpaksa mendirikan khemah di pinggir hutan atau di tempat yang dikira sesuai untuk berteduh.
Malah katanya, Jepun juga sebelum ini terkenal sebagai negara maju turut menghadapi krisis di mana ramai pekerja kilang dibuang kerja.
Menurutnya beliau ekonomi global hanya akan kembali berada di landasannya apabila sistem kewangan Islam diterima secara menyeluruh.

MESIR sudah guna DAKWAT KEKAL.....MALAYSIA.. ??

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah kerajaan dan Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang.
Anwar semasa membahas usul laporan dan cadangan bagi memastikan pilihanraya bebas dan adil di Parlimen hari ini juga berharap kerajaan tidak akan menggunakan alasan bagi melengah-lengah penggunaan dakwat kekal itu.

"Bila meneliti laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) saya melihat cadangan penggunaan dakwat kekal juga dicadangkan dan apa yang ini saya tekankan di sini adalah jaminan dari pihak kerajaan dan juga SPR.

"Kalau sebelum ini Peguam Negara mengatakan penggunaan dakwat bercanggah dengan perlembagaan tetapi sekarang mengatakan tidak, saya sendiri tidak pasti yang mana satu betul dan boleh diterima pakai.

"Malah kenyataan Ketua Polis Negara juga mengatakan dakwat keka boleh jadi senjata, itu kenyataan yang karut sama sekali. Jadi di mana jaminan kerajaan," jelasnya.


Tambahnya lagi, intitusi-institusi di negara ini boleh dipermainkan semata-mata untuk melihat kepada sikap dan pendirian pemimpin politik.

"Sebab itu semasa membahaskannya pada peringkat awal saya syorkan bahawa isu pilihanraya bebas dan telus ini bukan sahaja SPR atau PSC tetapi ia ada komitmen politik pimpinan negara.


"Persoalan ketetapan yang dibawa oleh parlimen meluluskan beberapa cadangan dan bagaimana kita dapat pastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik sebelum pilihanraya umum nanti.

"PSC ini bersikap tegas memberi cadangan itu dan kita mahu ketetapan dari parlimen, pengeruis dan juga kabinet adakah ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat, ini yang perlu ditekankan," sambung Anwar lagi.

Beliau juga berharap perkara ini perlu disegerakan dan Peguam Negara tidak perlu mengambil masa dua bulan untuk membuat kelulusan jika ia tidak bersangkut paut dengan soal perlembagaan.

"Walaupun tidak semua tuntutan Bersih diterima tetapi sebahagian daripadanya telah dicadangkan oleh PSC tetapi mengulangi persoalan adakah ia dapat dilaksanakan segera.


"Kalau hanya menyatakan ia akan dilaksanakan sebelum pilihanraya itu bagi saya bukan satu jaminan dan apa yang kita inginkan adalah menyatakan tarikh bila ia berkuatkuasa.

"Penetapan tarikh ini akan mempermudahkan SPR mahu pun Peguam Negara membuat penetapan tanpa perlu dua bulan untuk kelulusan," jelasnya.


Awnar menekankan penetapan tarikh penting kerana tidak mahu pada saat akhir selepas tarikh pilihanraya diumumkan pelbagai alasan diberikan mengenai penggunaan dakwat kekal tidak dapat dilaksanakan.

"Kita mahukan tarikh perlaksanaan kerana tidak mahu mendengar alasan dari pihak kerajaan dalam menafikan penggunaan dakwat kekal itu.


"Kerajaan, SPR mahupun Peguam Negara malah Parlimen perlu nyatakan pendirian segera perlaksanaannya," ucap beliau lagi.

Sebelum itu Anwar menyambut baik tentang laporan yang dikemukakan oleh PSC dan berharap usaha baik cadangan tersebut disegerakan bagi memastikan pilihanraya akan datang lebih bersikap adil dan telus.

Selain itu juga beliau berharap peruntukkan tambahan serta penambahan kakitangan diberikan kepada SPR bagi melancarkan pelaksanaan tersebut.

"Selain menunaikan perlaksanaan itu saya menyeru jika kerajaan dan juga SPR ingin bersikap demokrasi maka pada pilihanraya nanti SPR perlu menjemput badan-badan bebas dari luar negara untuk menjadi sebagai pemerhati bebas semasa berlangsungnya pilihanraya nanti.


"Kita lihat negara-negara lain sudah menjemput pemerhati bebas tetapi negara kita belum lagi melaksanakannya dan harap ia dapat dilakukan," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Khamis, 10 November 2011

Keluarga Shahrizat beli kondo mewah RM9.8 juta.......???!!!


PKR hari ini mendakwa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil membeli sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar bernilai hampir RM9.8 juta.
Selepas beberapa hari membuat pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat di NFC, PKR hari ini terus tampil dengan bukti 4 pindahan wang yang dibuat NFC dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman TUn Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009.
Pindahan wang itu sebagai bayaran penuh pembelian kondominium tersebut.
Pindahan wang yang pertama berjumlah RM699,870, keli kedua berjumlah RM694,150, seterusnya RM4, 199,220 dan yang terakhir berjumlah RM4,164,900 menjadikan jumlah keseluruhan pindahan sebanyak RM9,758,140.
Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendedahan ini sekaligus membuktikan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.
"Dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar.
"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tiada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.
"Siapa yang nak duduk, takkanlah lembu nak duduk di kondo?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Machang itu juga memberitahu, RM9.8 juta itu direkodkan sebagai hutang National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC.
Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.
"Ini jelas satu bentuk pecah amanah dan penyelewengan wang rakyat RM250 juta yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC," katanya.

Lapor SPRM
Sehubungan itu, PKR pagi tadi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan segera dibuat terhadap dakwaan itu.
Selain Sharizat, Noh Omar dan Khairy, mereka mahu Perdana Mneteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat kerana didakwa terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu ini.
Selain itu, PKR turut menyeru Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini.

Jumaat, 4 November 2011

BUKTI KUKUH KITA RAKAN DAGANG ISRAEL LAKNATULLAH......!!!!

Ini gambar Menteri Umno dan dibelakng beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia - Thailand. Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.

Memang benar kononya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan longgar. Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang terdiri dari kerabat diraja pernah memasuki Israel atas urusan perniagaan. Malah Malaysia sendiri berapa banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas nama persidangan dan sukan. walaupun putus hubungan diplomatik tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan kepentingan semasa. maka apa erti pemutusan hubungan diplomatik ini?

Terbaru masuk seorang peninju dari Israel dan kali ini menjadi sedikit heboh kerana kononya peninju ini telah ditahan Imegresen tetapi kerana campur tangan menteri dia dibenarkan masuk. Menteri tersebut pula secara dangkal menyalahkan pula orang lain kononya tindakan dia halal hanya semata-mata acara sukan tersebut turut mendapat tajaan Kerajaan Selangor. Adakah kalau perkara salah tetapi turut dibuat PR maka ia menghalalkan tindakan salah tersebut turut dilakukan Bn ? seperti hujah anak tahun 3 sekolah rendah sahaja. Kerajaan Selangor dalam respon mereka kemudian menyatakan dengan jelas tajaan diberikan kepada penganjur kerana penganjuran secara tidak lansung mempromosikan pelancongan Selangor dan penganjur tidak dimaklumkan kehadiran peninju Israel tersebut.

Namun bagi SAMM isu ini masih kecil dalam perihal menangani keganasan Israel. Tahukah kita semua bahawa Malaysia telah lama punya hubungan dagang dan membantu ekonomi Israel. Soalan ini telah dibangkitkan dalam parlimen minggu lepas oleh Ahli Parlimen Bakri. usaha beliau menuntut jawapan telah menyebabkan beliau dihalau dari dewan.






di atas ialah bukti jelas bergambar bahan - bahan rujukan berkaitan perdagangan Malaysia - Israel yang terdapat di perpustakaan MITI di Kuala Lumpur.


Malah dalam satu petikan ucapan pimpinan utama negara haram israel Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi punya hubungan dagang membantu ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah kita membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel.

Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu-satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan Bn regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.


Selasa, 1 November 2011

LAGI PEMBAZIRAN OLEH MEREKA DAN ANAK PINAK MEREKA.......!!!

Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.



Ini berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar diThe West Australian,yang  mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa  membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. 
Di bawah tajuk 'delegates go shopping, sightseeing' seperti berikut :
“Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan $60,000 di David Jones,”


Di bawah ini pula gambar muka depan akhbar The West Australian yang melaporkan berita tersebut.