Jumaat, 9 September 2011

kini Along TELEKOMUNIKASI pula 'menghantui' RAKYAT....!!!!!!!

Kerajaan terbukti 'hilang akal' untuk menambah pendapatan negara sehingga bertindak memeras rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS Datuk Haji Mahfuz Omar.

Sambil mengajak rakyat menolak cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi, beliau berkata, rakyat mesti memahami bahawa langkah itu sebenarnya adalah langkah kerajaan sendiri dan bukannya langkah syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Pertamanya, syarikat-syarikat telekomunikasi berebut-berebut menawarkan perkhidmatan yang lebih murah kepada pengguna dan agak ironi jika tiba-tiba mereka mahu mengenakan tambahan bayaran sebanyak enam peratus.
"Kedua, sebelum ini, syarikat-syarikat telekomunikasi tidak mengenakan levi di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 bagi perkhidmatan prabayar mudah alih kerana tidak dikuatkuasakan oleh kerajaan.

"Oleh itu, ia dengan sendirinya bermakna kerajaanlah yang beria-ia mahu menguatkuasakan levi tersebut mulai 15 September ini," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan mengapa kerajaan tergamak menghempaskan beban ke atas rakyat bawahan termasuk yang berpendapatan rendah malah yang tidak berpendapatan yang merupakan majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih.

"Majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih ialah rakyat bawahan termasuk rakyat berpendapatan rendah, orang miskin, remaja tanpa pekerjaan, pelajar sekolah dan mahasiswa.

"Tindakan kerajaan memeras mereka untuk menambahkan pendapatannya tidak boleh diterima sama sekali," kata Mahfuz yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna PAS.

Sebagai kerajaan, katanya lagi, ia sepatutnya memikirkan cara untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya menambahkan lagi beban rakyat terutama rakyat miskin.
Jika kerajaan sudah hilang akal untuk menambahkan pendapatan negara, Mahfuz secara sinis mengesyorkan para pemimpin kerajaan terutama anggota kabinet pergi meminta sedekah di tangga-tangga jejambat dan di mana sekalipun.

"Meminta sedekah tidaklah seburuk memeras rakyat berpendapatan rendah, rakyat miskin dan para pelajar," katanya.
Mahfuz menggesa rakyat menolak sukai tersebut kerana ia sebenarnya adalah muqaddimah kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tindakan merentap subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) jika parti itu memenangi pilihan raya akan datang.

Khamis, 1 September 2011

Agihan kerusi PR Perlis selesai.....

Mesyuarat sekretariat Pakatan Rakyat Perlis pada 15 Julai lalu, difahamkan telah mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi di negeri itu dan bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di 11 kerusi yang merangkumi tiga kerusi parlimen dan lapan kerusi DUN.
hashim jasinManakala PKR pula akan bertanding lima kerusi dan DAP dua kerusi DUN.

Diminta mengulas agihan kerusi DUN yang bakal ditandingi partinya, pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin (kiri) enggan mendedahkan nama-nama kawasan yang yang akan ditandinginya.

"Kita akan umum apabila tiba masanya... Kalau hendak berlaku perubahan pun (di peringkat tertinggi), itu (saya) tak tahu.

"Di peringkat kita (PAS negeri) tidak dimuktamadkan (kerana calon dipilih) akan diputuskan oleh Majlis Syura. Mereka akan memilih siapa yang layak bertanding," katanya kepada wartawan pada majlis Aidilfitri bersama anak Perlis di perantauan, malam semalam.

Ditanya mengenai desas desus bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Sanglang, Hashim berkata "kemungkinan diberikan kepada calon muda"

"Jika parti hendak (saya bertanding), saya akur dengan keputusan parti. Tambahan pula, kepentingan parti lebih utama daripada kepentingan peribadi," katanya yang telah menjadi ADUN Sanglang selama tiga penggal sejak 1999.

Perlis mempunyai tiga kerusi parlimen - Padang Besar, Kangar dan Arau. Semua kerusi itu dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008 lalu. 

hashim jasin pas sanglang perlis state seat court 180608Di peringkat DUN pula, negeri itu mempunyai 15 kerusi. Pada pilihan raya umum 2008, selain Sanglang, PAS memenangi satu lagi kerusi DUN iaitu Simpang Empat.

Mengulas mengenai peluang Pakatan untuk menang dalam pilihan raya umum nanti, Hashim optimis kerana katanya, "ruang kemenangan ada" bagi gabungan itu.

"Kita ada percaturan... Secara umum, kita masuk pilihan raya mempunyai sasaran, membuat persediaan dengan teratur, dan apatah lagi sambutan orang rakyat kepada Pakatan.

"Kita tidak mahu menang bersendirian. Kita berharap menang dua pertiga.
"Kadangkala kita menang kerana musuh lemah, padahal kita tidak kuat. Ada kala kita menang dengan kekuatan kita," katanya.

Kabinet bayangan

Hashim yang juga adalah pengerusi sekretariat Pakatan Perlis berkata pihak mereka telah menubuhkan kabinet bayangan bersama parti-parti komponennya bagi mentadbir negeri Indera Kayangan jika berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Hashim jasin"Kita sudah ada kabinet bayangan jika menang dalam pilihan raya. Kita sudah ada," katanya.

Menurut Hashim, penubuhan kabinet itu bertujuan mengelak berulangnya apa yang berlaku di Perak sehingga mesyuarat pemilihan menteri besar Pakatan pada ketika itu selesai sehingga jam 5 pagi.

Ditemui Malaysiakini selepas itu, untuk mendapat penjelasan lanjut, Hashim berkata bagi pihak PAS, mereka telah menentukan portfolio tertentu kepada calon mereka sebagai persediaan untuk mentadbir negeri itu jika diberi kepercayaan pada pilihan raya umum itu.

"Ia bertujuan supaya kita tidak jadi kalut, jika ditakdirkan memerintah (negeri)," katanya.

Menurutnya lagi, pembahagian kerusi bagi ketiga-tiga parti itu telahpun dimuktamadkan dan cadangan itu telah diajukan kepada Majlis Pakatan Rakyat.

dinner with outstation anak perlisSebelum itu, Hashim melancarkan laman sosial Facebook, Persatuan Anak-anak Perlis di perantauan (Perintis) di Kompleks PAS Perlis sempena sambutan Aidilfitri sebagai usaha membantu Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

Kira-kira 200 orang hadir dalam majlis tersebut.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan PAS Perlis memberitahuMalaysiakini berkata parti itu dijangka membarisi calon yang terdiri daripada pemimpin tempatan di peringkat negeri dan kawasan yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.

"Mereka terdiri daripada ulama dan profesional... Diharap mereka mampu menawan Perlis daripada BN," kata sumber itu.

Isnin, 8 Ogos 2011

akhirnya.......!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil ke mahkamah sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor KeadilanDaily.

Najib dan Rosmah, mahkamah juga membenarkan pihak pembela, memanggil 18 saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada awal perbicaraan yang menyaksikan hari pertama Anwar dipanggil membela diri.

Zabidin dalam keputusannya berkata apabila pendakwa raya menawarkan saksi, maka pendakwaraya bertanggungjawab memastikan saksi hadir ke mahkamah.

Hakim juga bersetuju peguam bela berhak menemubual saksi dengan syarat mereka  sedia dipanggil.

“Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan),” katanya.

Dalam permohonan sebelum ini, Anwar memohon mahkamah mengarahkan pihak pendakwa memastikan kehadiran semua saksi, yang ditawarkan  di akhir kes mereka, untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.

Anwar mahu memanggil Najib, Rosmah, pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Selain 5 saksi itu, Ketua Pembangkang itu juga mahu menemu bual 10 saksi alibi.

Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan pada hari ini hingga 26 Ogos.

Jumaat, 29 Julai 2011

Rosmah kata tiada masa mahu layan....!!


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Romah Mansor enggan melayan dakwaan beliau membeli cincin berharga lebih RM24 juta sebagaimana yang didedahkan oleh beberapa blogger.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam.

Dua minggu lalu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta  itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Beliau yang popular dengan panggilan Chegubard berkata, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sabtu, 23 Julai 2011

BUAT APA SAYA TIPU......???!!

“Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Justeru, katanya semua yang polis paparkan dalam tayangan video mengenai kemalangan melibatkan beliau pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak benar.

“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika ditemubual di sini, semalam.

Bagi menangkis tohmahan jahat polis, beliau sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Salleh Mat Rashid yang melemparkan 
tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” ujarnya semasa ditanya mengenai kesihatannya selepas pembedahan berkenaan.

Menurut Hanipa yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS pula, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.

Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Tiga hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

Video polis sesuai zaman TV hitam putih....!!!

Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.

Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya.....!!!

Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian  wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu.