Ahad, 1 Mei 2011

Sumpah laknat: Fahami bila harus digunakan

Dalam jenis pertikaian yang
bagaimanakah "Sumpah Mubahalah"
di haruskan bahkan mungkin
sebagaimana satu cara dan kaedah
"muktamad" bagi menyelesaikan
pertikaian dan dakwaan yang saling
bertentangan antara dua (2)
kelompok seperti yang menjadi
sebab Asbab AnNuzul - atau sebab
diturunkan penerangan dan kaedah
yang diberi Allah SWT bagi
menyelesaikan dakwaan antara kaum
seorang pendita dari kaum Najran
(Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan
sahabat-sahabat Baginda.
Lalu disyari'atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil
anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan
Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang
berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka)
dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.

Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin
terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan
semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu
perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa
azab kepada pihak yang menipu.

(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas(nusus)
dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman
mengikut lunas-lunas Syari'at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu
bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu
yang BID'AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah
syariah negara kita.

Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.

Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda 'Bagi pihak yang
menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang
Islam dan bukan Islam.

Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri
mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan
JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah
satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu 'Penjagaan Maruah'. 

Seharusnya mereka mengikut hukum syara' dengan menyokong pertuduhan
mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah
dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.

Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh  (terutama) Jenayah
dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau
dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb
dengan hanya bersumpah.

Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama
keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan
bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar
jika mereka tiada bukti.

Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di
Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran
tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan
memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH  'Qazaf' (yang dibolehkan
mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti
yang dituntut Syar'iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang
Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.

Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak
boleh digunakan kerana tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau
(chaos) dalam masyarakat umat Islam.

Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja
dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat. 

Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan
ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan
dalam kes Jenayah khususnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan