Jumaat, 23 September 2011

SALAM ARDUL KINANAH.........


Alhamdulillah....impian yang dihajatkan akhirnya tercapai iaitu untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah bersama-sama dengan 9 orang sahabatku yang lain iaitu afdzal adzhar, rizuan yahaya, zamir zoher, mahir c nasruddin, haidar norsiake, afiq arif ismail dan 3 orang akhawat di kalangan kami.....


Bermula pada 16hb September 2011 perjalanan menuntut ilmu dimulakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah tepat jam 9.20 malam.....suasana gembira bercampur pilu dikalanganku dan sahabat yang lain....perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.....

 Setibanya di KLIA kami berehat sebentar sambil makan malam sementara menunggu penerbangan seterusnya dalam pukul 3 pagi......tiba kini waktu yang ditunggu2.....30 minit sebelum waktu penerbangan kami diminta untuk melaporkan diri dan sebelumnya kami mengucapkan selamat tinggal kepada ustaz Khairul Anuar bin Saad yang mengiringi kami....

Penerbangan mengambil masa yang agak lama dengan penerbangan Kuwait Airways......kami tiba di Kuwait lebih kurang pada jam 6 pagi waktu tempatan.....kami berehat sebentar di lapangan terbang Kuwait sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Kaherah 6 jam kemudiannya.....


Setelah menjalani pemeriksaan keselamatan kami sekali lagi menaiki pesawat Kuwait Airways untuk ke destinasi yang dituju......dijamu dengan makanan arab sememangnya pengalaman baru untuk kami....ada juga yang tidak selesa dengan makanan yang dihidangkan menjadi pengalaman baru buat kami....

Lebih kurang jam 2.30 ptg waktu Mesir kami tiba di lapangan terbang Kaherah......pengalaman beratur panjang menjalani pemeriksaan pihak berkuasa sememangnya menguji kesabaran.....alhamdulillah semuanya selamat tiba dan kami disambut dengan penuh makna oleh unit USMB KPP....setelah beberapa hari berprogram kini mulalah kehidupan kami yang seterusnya sebagai MAHASISWA AL-AZHAR AS-SYARIF..............

Jumaat, 9 September 2011

UTUSAN BAKAL BANGKRAP...........???!!!!


"Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam tadi menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan ‘Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini.
Katanya, semua maklumat telah pun diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam beberapa tuntutan yang harus dikenakan selari dengan fitnah yang tidak henti-henti selama 15 hari berturut-turut.
Tambahnya, tindakan itu bukan untuk mencari kekayaan sebaliknya mahu pengamal media di negara ini bersikap adil dan telus dalam setiap penyiaran berita dan tidak mencipta cerita yang bukan-bukan semata-mata untuk mewujudkan prasangka yang tidak baik terhadapnya, PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud.
“Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik," jelasnya disambut laungan Allahuakbar dan reformasi para hadirin.
Berceramah sama pada malam tadi ialah Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amirudin Ahmat.

PENIPUAN yang seterusnya...................

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menangguhkan terlebih dahulu langkah oleh syarikat telekomunikasi yang akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% terhadap pengguna telefon prabayar.


Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, syarikat telekomunikasi mendakwa mereka telah menyerap cukai itu sejak ia dikenakan pada 1998 dan disebabkan oleh kemerosotan hasil pendapatan, mereka kini mahu melepaskannya kepada pengguna.
"Untuk mengatakan bahawa pendapatan mereka telah merosot adalah jauh daripada benar," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, pengguna telefon prabayar telah menghadapi pelbagai syarat dan terma yang tidak adil yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi terutama sekali apabila syarikat menelan/merampas baki dalam akaun mereka apabila mereka tidak menambah nilai akaun mereka dalam tempoh yang sah.
Untuk mengekalkan nombor prabayar, ujarnya pelanggan perlu menambah nilai dengan jumlah minimum RM5.00.
Bagaimanapun, kata beliau menambah nilai dengan jumlah RM30 akan memberikan tempoh sah selama 30 hari.
Menurutnya, selepas tamat tempoh 30 hari, pelanggan akan disekat daripada membuat panggilan tetapi panggilan masuk sah untuk 90 hari.
Pelanggan, ujarnya boleh mengaktifkan talian dengan menambah nilai bila-bila masa dalam tempoh 90 hari.
Beliau berkata, jika talian tidak ditambah nilai dalam tempoh 90 hari talian akan dibatalkan dan baki kredit yang masih ada akan dirampas dan tiada bayaran semula diberikan.
Contohnya, kata beliau jika pengguna prabayar mempunyai talian yang bakinya RM100 tetapi tempoh sahnya telah tamat, syarikat telekomunikasi akan merampas baki yang ada.
“Adakah ini sah di sisi undang-undang?
“Jika ianya sah, di bawah undang-undang dan peraturan apakah syarikat ini dibenarkan untuk merampas baki yang ada,” ujarnya.
Menurutnya, negara seperti England telah menghentikan pengendali telekomunikasi daripada menggunakan amalan ini.
Seharusnya, tambah beliau terdapat sistem di mana nombor perlu mempunyai kesahan sepanjang masa dan bila-bila masa pelanggan yang mahu mengaktifkan talian (malah selepas tempoh tamat) hanya perlu menambah nilai talian dan perlu diaktifkan.
Contohnya, ujar beliau ahli perniagaan asing yang datang ke Malaysia, katakan tiga atau empat kali setahun dan memerlukan nombor telefon tempatan tetapi tidak mahukan talian pascabayar yang dikenakan caj bulanan kira-kira RM30 perlu untuk mendapatkan talian prabayar yang mempunyai kesahan sepanjang masa tetapi dengan tempoh tamat selaras dengan jumlah tambah nilai pelanggan.
Ujarnya, apabila mereka kembali semula ke Malaysia dan kesahannya telah tamat, apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menambah nilai talian dan perkhidmatannya boleh disambung semula daripada talian menjadi tidak sah dan terpaksa mendapatkan talian baru serta memulakannya semula.
Pengguna, katanya mungkin tidak menyedari bahawa pengguna prabayar dan pascabayar dikenakan bayaran bagi panggilan yang tidak dijawab atau bagi panggilan yang dialihkan ke kotak mel suara.
Caj yang dikenakan pada masa ini ialah 10 sen.
Pengguna sebenarnya, kata beliau boleh mendapatkan semula bayaran daripada pengendali telekomunikasi bagi caj yang dikenakan sekiranya mereka boleh menyerahkan penyata sebagai bukti.
Bagaimanapun dalam kes pengguna prabayar, penyata tidak disediakan melainkan pengguna meminta untuk mendapatkan penyata itu.
“Memandangkan kepada hakikat bahawa terdapat beberapa juta pengguna dan beberapa juta panggilan yang dibuat, pengendali telekomunikasi boleh mengaut sejumlah besar setiap bulan daripada caj yang dikenakan ini.
“Ini jelas satu pencatutan dan tindakan perlu diambil terhadap syarikat ini,” katanya.
Sehubungan itu, katanya CAP menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menangguhkan terlebih dahulu setiap usaha yang dibuat oleh pengendali telekomunikasi daripada pengenakan cukai perkhidmatan ini dan sebagai ganti menangani semua kekurangan dan terma yang tidak adil yang dikenakan terhadap pengguna telefon bimbit.

UMNO benci KOMUNIS.......??!!!

Tahniah kepada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kerana berjaya menarik umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini taboo untuk dibincangkan.
Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah kapum pemodal British. Malah dalam beberapa hal pwaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda.

Setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato Onn, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib... adakah ini saja hero negara ? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara yang dilihat tidak cool....
Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan terbuka.

che'GuBard tidak mahu menyentuh panjang, cukup dengan menyentuh benarkah Umno memusuhi PKM kerana ideologi Komunis atau kerana mewarisi sentimen perang penjajah.
Jika benar dengan bercakap soal ideologi komunis menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan Regim Najib yang memberikan lesen kepada lidah rasmi Parti Komunis China ?

Malaysiakini pernah melaporkan KDN memberikan permit kepada lidah Rasmi Parti Komunis China (klik sini untuk baca lanjut)
Betul benar, telah lama beri permit kepada organ parti kominis ini terbit di Malaysia. Mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, KDN telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Kominis Malaya bernama "People's Daily".

Mengikut Wikipedia:
The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China


Yang hairannya, Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.
kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri , dan ada negeri PR memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas2 tentera kita yang telah terkorban menentang penentangan Parti Komunis Malaya satu masa dahulu? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China?

Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka2 yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?
Umno juga sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan parti komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan.

Malah ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar paksa pulang Pelarian2 Politik Uighur China.
Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah melawan untuk sebuah negara Islam Merdeka.

Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini kezaliman lebih lagi ketika Ramadhan.
Persoalanya adakah tindakan UMNO ini adalah disebabkan hubungan formal UMNO dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas. Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti UMNO dengan Parti Komunis China.

Siapa sebenarnya yang pro komunis?
Kalau nak kata menghormati pejuang2 yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur shahid menentang kebangikitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.

che'GuBard pertegaskan artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan mana - mana ideologi. Ideologi. Jawapan kepada semua ini ialah untuk menunjukkan betapa Umno itu munafik nombor satu.
itu belum masuk lagi bagaimana kita bermuka - muka menentang Israel tetapi kita ada hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel. (klik untuk baca artikel hubungan malaysia Israel)

baca lanjut artikel di http://chegubard.blogspot.com

kini Along TELEKOMUNIKASI pula 'menghantui' RAKYAT....!!!!!!!

Kerajaan terbukti 'hilang akal' untuk menambah pendapatan negara sehingga bertindak memeras rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS Datuk Haji Mahfuz Omar.

Sambil mengajak rakyat menolak cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi, beliau berkata, rakyat mesti memahami bahawa langkah itu sebenarnya adalah langkah kerajaan sendiri dan bukannya langkah syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Pertamanya, syarikat-syarikat telekomunikasi berebut-berebut menawarkan perkhidmatan yang lebih murah kepada pengguna dan agak ironi jika tiba-tiba mereka mahu mengenakan tambahan bayaran sebanyak enam peratus.
"Kedua, sebelum ini, syarikat-syarikat telekomunikasi tidak mengenakan levi di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 bagi perkhidmatan prabayar mudah alih kerana tidak dikuatkuasakan oleh kerajaan.

"Oleh itu, ia dengan sendirinya bermakna kerajaanlah yang beria-ia mahu menguatkuasakan levi tersebut mulai 15 September ini," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan mengapa kerajaan tergamak menghempaskan beban ke atas rakyat bawahan termasuk yang berpendapatan rendah malah yang tidak berpendapatan yang merupakan majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih.

"Majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih ialah rakyat bawahan termasuk rakyat berpendapatan rendah, orang miskin, remaja tanpa pekerjaan, pelajar sekolah dan mahasiswa.

"Tindakan kerajaan memeras mereka untuk menambahkan pendapatannya tidak boleh diterima sama sekali," kata Mahfuz yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna PAS.

Sebagai kerajaan, katanya lagi, ia sepatutnya memikirkan cara untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya menambahkan lagi beban rakyat terutama rakyat miskin.
Jika kerajaan sudah hilang akal untuk menambahkan pendapatan negara, Mahfuz secara sinis mengesyorkan para pemimpin kerajaan terutama anggota kabinet pergi meminta sedekah di tangga-tangga jejambat dan di mana sekalipun.

"Meminta sedekah tidaklah seburuk memeras rakyat berpendapatan rendah, rakyat miskin dan para pelajar," katanya.
Mahfuz menggesa rakyat menolak sukai tersebut kerana ia sebenarnya adalah muqaddimah kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tindakan merentap subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) jika parti itu memenangi pilihan raya akan datang.

Khamis, 1 September 2011

Agihan kerusi PR Perlis selesai.....

Mesyuarat sekretariat Pakatan Rakyat Perlis pada 15 Julai lalu, difahamkan telah mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi di negeri itu dan bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di 11 kerusi yang merangkumi tiga kerusi parlimen dan lapan kerusi DUN.
hashim jasinManakala PKR pula akan bertanding lima kerusi dan DAP dua kerusi DUN.

Diminta mengulas agihan kerusi DUN yang bakal ditandingi partinya, pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin (kiri) enggan mendedahkan nama-nama kawasan yang yang akan ditandinginya.

"Kita akan umum apabila tiba masanya... Kalau hendak berlaku perubahan pun (di peringkat tertinggi), itu (saya) tak tahu.

"Di peringkat kita (PAS negeri) tidak dimuktamadkan (kerana calon dipilih) akan diputuskan oleh Majlis Syura. Mereka akan memilih siapa yang layak bertanding," katanya kepada wartawan pada majlis Aidilfitri bersama anak Perlis di perantauan, malam semalam.

Ditanya mengenai desas desus bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Sanglang, Hashim berkata "kemungkinan diberikan kepada calon muda"

"Jika parti hendak (saya bertanding), saya akur dengan keputusan parti. Tambahan pula, kepentingan parti lebih utama daripada kepentingan peribadi," katanya yang telah menjadi ADUN Sanglang selama tiga penggal sejak 1999.

Perlis mempunyai tiga kerusi parlimen - Padang Besar, Kangar dan Arau. Semua kerusi itu dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008 lalu. 

hashim jasin pas sanglang perlis state seat court 180608Di peringkat DUN pula, negeri itu mempunyai 15 kerusi. Pada pilihan raya umum 2008, selain Sanglang, PAS memenangi satu lagi kerusi DUN iaitu Simpang Empat.

Mengulas mengenai peluang Pakatan untuk menang dalam pilihan raya umum nanti, Hashim optimis kerana katanya, "ruang kemenangan ada" bagi gabungan itu.

"Kita ada percaturan... Secara umum, kita masuk pilihan raya mempunyai sasaran, membuat persediaan dengan teratur, dan apatah lagi sambutan orang rakyat kepada Pakatan.

"Kita tidak mahu menang bersendirian. Kita berharap menang dua pertiga.
"Kadangkala kita menang kerana musuh lemah, padahal kita tidak kuat. Ada kala kita menang dengan kekuatan kita," katanya.

Kabinet bayangan

Hashim yang juga adalah pengerusi sekretariat Pakatan Perlis berkata pihak mereka telah menubuhkan kabinet bayangan bersama parti-parti komponennya bagi mentadbir negeri Indera Kayangan jika berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Hashim jasin"Kita sudah ada kabinet bayangan jika menang dalam pilihan raya. Kita sudah ada," katanya.

Menurut Hashim, penubuhan kabinet itu bertujuan mengelak berulangnya apa yang berlaku di Perak sehingga mesyuarat pemilihan menteri besar Pakatan pada ketika itu selesai sehingga jam 5 pagi.

Ditemui Malaysiakini selepas itu, untuk mendapat penjelasan lanjut, Hashim berkata bagi pihak PAS, mereka telah menentukan portfolio tertentu kepada calon mereka sebagai persediaan untuk mentadbir negeri itu jika diberi kepercayaan pada pilihan raya umum itu.

"Ia bertujuan supaya kita tidak jadi kalut, jika ditakdirkan memerintah (negeri)," katanya.

Menurutnya lagi, pembahagian kerusi bagi ketiga-tiga parti itu telahpun dimuktamadkan dan cadangan itu telah diajukan kepada Majlis Pakatan Rakyat.

dinner with outstation anak perlisSebelum itu, Hashim melancarkan laman sosial Facebook, Persatuan Anak-anak Perlis di perantauan (Perintis) di Kompleks PAS Perlis sempena sambutan Aidilfitri sebagai usaha membantu Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

Kira-kira 200 orang hadir dalam majlis tersebut.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan PAS Perlis memberitahuMalaysiakini berkata parti itu dijangka membarisi calon yang terdiri daripada pemimpin tempatan di peringkat negeri dan kawasan yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.

"Mereka terdiri daripada ulama dan profesional... Diharap mereka mampu menawan Perlis daripada BN," kata sumber itu.