Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil ke mahkamah sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor KeadilanDaily.
Najib dan Rosmah, mahkamah juga membenarkan pihak pembela, memanggil 18 saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada awal perbicaraan yang menyaksikan hari pertama Anwar dipanggil membela diri.
Zabidin dalam keputusannya berkata apabila pendakwa raya menawarkan saksi, maka pendakwaraya bertanggungjawab memastikan saksi hadir ke mahkamah.
Hakim juga bersetuju peguam bela berhak menemubual saksi dengan syarat mereka sedia dipanggil.
Dalam permohonan sebelum ini, Anwar memohon mahkamah mengarahkan pihak pendakwa memastikan kehadiran semua saksi, yang ditawarkan di akhir kes mereka, untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.
Anwar mahu memanggil Najib, Rosmah, pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Selain 5 saksi itu, Ketua Pembangkang itu juga mahu menemu bual 10 saksi alibi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan