Ahad, 1 Mei 2011

Kenapa kerajaan enggan laksana qazaf........???

Timbalan Pesuruhjaya
PAS Pulau Pinang,
Rosidi Hussain mempersoalkan
keengganan kerajaan untuk
melaksanakan hukum qazaf
dalam isu yang membabitkan
video lucah.
"Apabila kerajaan sering
memomokkan kepada dunia
bahawa Malaysia adalah
negara Islam, kenapa hukuman
seperti qazaf yang memerlukan
empat orang saksi yang
tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai
ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.
"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk
melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan
tertentu," tambahnya lagi.
Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat,
katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam
yang sebenar.
Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang
penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang
dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun.
"Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha
dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat.
"Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan,
ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan
imam tersebut," ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan