Selasa, 12 April 2011

5 calon harapan Islam untuk Sarawak...


 

ABANG AHMAD KERDEE BIN ABANG MASAGUS

Umur :32 tahun
Asal : Sibu
Pekerjaan : Peguam
Status : Berkahwin
Bil. Anak : 2 orang

Keluarga

  • Bil Adik Beradik : 7 orang (anak bongsu)
  • Mempunyai keluarga yang amat besar di Beting Maro (terutama di Beladin, Pusa, Undai, Semarang)
  • Mempunyai nenek tiri di kawasan Beting Maro

Pendidikan :
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengalaman Kerja:
  • Ahli Majlis Tertinggi Hikmah Sarawak
  • NGO
  • Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Penolong Setiausaha)
  • Timbalan Pengerusi Hikmah Bahagian Wilayah Persekutuan
  • Penasihat Undang-undang Sekolah Agama Bandar Baru, Bangi
  • Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Selangor

Jawatan Dalam Parti
  • Penasihat Undang-Undang PAS Sarawak
  • Ketua Pemuda Cawangan Bandar Baru Bangi, Naib Ketua Pemuda Serdang
  • Sekretariat Pemuda Prihatin – Timbalan Pengerusi
  • Ahli Jawatankuasa Juham Pusat, Instruktur Ilpas
  • Pengerusi Juham Selangor, Exco Pemuda Negeri Selangor

Lain-lain
  • Tidak pernah bertanding di dalam mana-mana pilihan raya.





HJ ADAM BIN AHID

Umur : 62 tahun
Asal : Sebuyau
Pekerjaan : Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak
Status : Berkahwin
Bil. Anak : 4 orang 

Keluarga
  • Mempunyai keluarga yang besar terutama di Sebuyau, Sebangan, Sungai Apin, Seruyu dan Tebelu

Jawatan Dalam Parti
  • Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak

Lain-lain
  • Mempunyai kenalan yang luas dengan pelbagai bangsa termasuk Iban dan Cina di Dun Sebuyau





PUAN NORAINI BINTI HAMZAH

Umur : 49 tahun
Asal : Kelantan
Pekerjaan : Suri rumah dan peniaga
Status : Berkahwin (Suami asal dari Muara Tuang, Sarawak)
Bil. Anak : 2 orang

Jawatan Dalam Parti
  • Seorang aktivis Muslimat PAS Sarawak yang aktif
  • Bekas ketua penerangan wanita PKR
  • Ahli jawatankuasa wanita bahagian Samarahan

Lain-lain
  • Seorang pemidato yang baik dan mampu menarik ramai pendengar
  • Mempunyai kenalan yang ramai di sekitar Kuching dan Samarahan





ABANG EDDY ALYANNI BIN ABANG FAUZI

Umur : 34 tahun
Pekerjaan : Pekerja Sepenuh Masa PAS Sarawak
Pendidikan
  • Pendidikan SMB St Thomas
  • Diploma Kepimpinan Islam, Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiah

Jawatan Dalam Parti
  • Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
  • Pengarah PASTI Negeri Sarawak

Lain-lain
  • Pernah bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 2008 melawan Rohani Abdul Karim di Parlimen P202 Batang Lupar
  • Mendapat undi sebanyak 2,923 di dalam pilihan raya tersebut





PUAN NANI BINTI SAHARI

Umur : 42 tahun
Asal : Kampung Pulo, Petra Jaya, Kuching
Pekerjaan : Pembantu Klinik

Pendidikan
  • Lulusan SPM

Jawatan Dalam Parti
  • Ahli biasa PAS (2009-sehingga kini)
  • Ketua Wanita PKR Sarawak (2008-2009)
  • Timbalan Ketua Wanita PKR Sarawak (1999-2007)
  • Ketua Wanita PKR N4 Pantai Damai Santubong (1999-2005)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan