Jumaat, 8 April 2011

KrOnOnOlOgI sEbEnAr.....!!!!!!

TRIO DATUK T
15 MAC 2011 -
* YB Datuk Johari Abdul (MP Sungai Petani) dihubungi seorang kenalan rapat untuk berjumpa dengannya      mengenai sesuatu yang penting.

21 MAC 2011 -
* YB Datuk Johari Abdul berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang.
* Dibawa ke dalam sebuah kereta yang lain tanpa mengenali 2 orang yang lain yang ada di dalamnya.
YB Datuk Johari Abdul di bawa ke Hotel Flamingo Ampang.
* Di bawa ke sebuah bilik junior suite.
* Bertemu Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu dalam bilik.
Dato' Eskay Shazril Abdullah menyatakan bahawa YB Datuk Johari Abdul adalah ahli parlimen pertama yang akan menyaksikan video ini dan meminta pandangan tentang Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' SHAZRIL ESKAY ABDULLAH


Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar sepanjang video ditayangkan contohnya cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itu menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama 1998.
Dato' Eskay Shazril Abdullah turut mendakwa selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house.
Dato' Eskay Shazril Abdullah turut mendakwa bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia menggunakan bilik yang bersebelahan.
Dato' Eskay Shazril Abdullah menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video telah dipunyai oleh pihak risikan Thai.
* Sepanjang penayangan, Tan Sri Rahim Tamby Chik kerap mencelah memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
* Selepas penayangan, Tan Sri Rahim Tamby Chik memujuk supaya YB Datuk Johari Abdul meninggalkan PKR dan berjanji untuk membawanya berjumpa dengan PM. Segala keperluan kewangan dan keselamatan akan diuruskan.

TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK
Tan Sri Rahim Tamby Chik turut memujuknya untuk membawa keluar lebih ramai MP PKR.
* Selepas itu YB Datuk Johari Abdul keluar dan masuk ke dalam lif bersama kenalan rapatnya.
* Di dalam lif YB Datuk Johari Abdul memberitahu dia berkeyakinan bahawa pelakon tersebut bukannya Dato' Seri Anwar Ibrahim berdasarkan beberapa faktor.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
* Selepas itu YB Datuk Johari Abdul menyatakan kesediaan membawa beberapa MP PKR agar dapat sama menonton dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Tamby Chik dan dimaklumkan sesi tayangan akan dibuat pada 22 Mac jam 3.30 petang.

22 MAC 2011 -
YB Datuk Johari Abdul bersama MP PKR berkumpul di Hotel Flamingo Ampang seperti yang dijanjikan.
* Pada jam 5.30 petang mereka sahkan bahawa perjumpaan dibatalkan.

KENYATAAN MEDIA YB DATUK JOHARI ABDUL


23 MAC 2011 -
YB Datuk Johari Abdul membuat kenyataan ini di luar Dewan Rakyat dan yakin episod terbaru ini merupakan satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan