Jumaat, 8 April 2011

ViDeO sEkS tUlEn......?????? PeLaKoNnYa...........????

1. Ketua Polis Negara berkata bahawa pakar tempatan telah meneliti video seks yang
    menjadi bahan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru adalah tulen
    bukannya palsu. Persoalannya , apakah manafaatnya membuat pengesahan
    demikian ?Tulen atau tidak video itu bukan asas dan pokok dalam isu ini. Kerana
    jika ia disahkan tulen sekalipun, ia kekal sebagai bahan yang tidak menepati
    piawai untuk membuat tuduhan zina malah ia turut terdedah kepada ruang
    manipulasi yang ketara.
2. Tuduhan zina mestilah [sama hukumnya terhadap tuduhan liwat] melibatkan
    4 orang saksi.
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan
mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka  sebat (deralah) mereka
(yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian
mereka buat selama-lamanya.Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah  An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun
hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat
para ulama' sebagaimanayang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh
al Qurtubi.
3. Datuk T yang kononnya dikatakan saksi hanya melibatkan 3 orang, ertinya
belum mencukupi bilangan 4 orang saksi yang dikehendaki oleh Islam.
Tambahan pula syarat saksi itu, selain dari mereka mestilah
saksi yang adil tidak pernah melakukan dosa besar dan tidakmengekalkan
dosa kecil
 ], 
mereka juga mestilah
menyaksikan perlakuan zina itu sebagaimana masuknya
batang celak ke dalam botol celak.
4. Jika hanya menyaksikan melalui rakaman video, ia tidak menepati kehendak
syariat dalam membuat tuduhan. Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi
pelakunya [watak pelakunnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan.
Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan
tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih.
5. Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal
terbang  satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan
Nicholas Cage yang berjudul Face Off
. Saya tidak mengingati keseluruhan
jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka
menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan
Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak
dapat membezakan antara keduanya. Walaupun itu hanyalah watak
dalam sebuah lakonan tetapi apa yang saya mahu sebut bahawa filem dan
lakonan boleh menghasilkan apa saja yang dikehendaki oleh skripnya.

[Kecanggihan teknologi di dalam industri perfilem hari ini memungkinkan
directornyamenghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang ia
mahukan
.
 Bukan sahaja mahu menjadikan seorang pelakon itu berupa Anwar,
malah untuk berupa seekor serigala juga boleh, pontianak pun boleh sehingga
kita bisa sahaja menganggap pelakon itu benar - benar telah menjadi serigala
atau pontianak seperti dalam filem Van Hestling, Under World, Wolf dan
lain - lain dan semua filem itu di cop original.
]
6. Justeru itu, saya tegaskan di sini, isunya bukan pada ketulenan video tersebut
tetapi kepada kaedah membuat tuduhan yang tidak menepati syara' dan
pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada
umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka
berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang
kerana memiliki
dan menyebarkan video lucah.
7. Sepatutnya pihak polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan
menyebarkan video lucah tersebut. Bukan hanya berusaha meneliti ketulenan
videonya sahaja. Kalaupun benar video itu tulen, pelakun tidak semestinya sama
dengan individu yang difitnah. Boleh jadi dua serupa, boleh jadi ia mengenakan
topeng berteknologi tinggi, atau ... atau ... 1001 kekeliruan dan kemungkinan
yang mencetus kesangsian. Pastinya kita tidak boleh menuduh seseorang
dalam keadaan tidak pasti, keliru dan sangsi.
8. Ummat Islam sewajar menjadikan kaedah dan format Islam sebagai asas
untuk proceed sesuatu tuduhan dan menerima prosuder tersebut. Jelas Islam
adalah agama yang sangat memelihara maruah manusia agar tidak mudah
dieksploit untuk menjayakan misi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Apabila tuduhan itu tidak menepati piawaian Islam, maka
tuduhan itu mesti digugurkan jika tidak ia menjadi fitnah.
9. Saya juga teringat satu kisah yang berlaku kepada seorang tokoh
pejuang Islam. Ia bermula apabila pihak Special Branch [SB]
cuba meletakkan dadah dalam handbag tokoh pejuang Islam tersebut
yang telah ditahan lebih 10 jam di Airport Damascus. Percubaan itu adalah
menghasilkan bukti bagi menjayakan misi mereka menangkap tokoh pejuang
Islam tersebut setelah segala soal siasat awalnya gagal untuk mensabitkan
beliau bersalah bagi membolehkan beliau ditahan. Alhamdulillah, percubaan
itu digagalkan oleh Allah swt apabila ada hamba Allah ternampak perbuatan
jahat pihak SB tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan