Kalau sebelum ini Utusan Malaysia yang sering memperlihatkan tajinya terhadap PAS, kini satu lagi media pro Umnno, Berita Harian cuba mengikut jejak sama bagi menghodohkan konsep diketengahkan PAS.
Ini menampakkan kebimbangan yang amat sangat, lebih-lebih lagi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Dr Puad Zakarshi meminta PAS menggugurkan perkataan Islam kerana memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan.
“Ini jelas dapat dilihat apabila ada pemimpin Umno mahu PAS menggugurkan perkataan Islam semata-mata memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan.
“Kalau inilah cara berfikir pemimpin maka nampaknya Umno langsung tidak boleh diharapkan untuk menjaga nama baik Islam apatah lagi untuk membelanya.
“Nampak sangatlah mereka tidak tahu bahawa Islam adalah untuk kebajikan semua orang (rahmatan lil alamin),” katanya di sini.
Semalam beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka dan Timbalan Menteri Pelajaran dilaporkan mendesak PAS menggugurkan perkataan Islam kerana memperjuangkan Negara Berkebajikan.
Malah media proUmno terus memperlekehkan gagasan PAS tersebut sehingga mengutip pendapat akar umbi semata-mata bagi mencacatkan tema muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini.
Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, negara diperintah Islam adalah negara yang menjaga kebajikan rakyat mengikut lunas-lunas agama.
”Itulah yang PAS akan lakukan dengan kata lain itulah negara Islam. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan khalifah Islam.
”Benda asas begitu pun pemimpin Umno tak faham macam mana nak bela Islam,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan